Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

207) PERBELANJAAN MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan semua perbelanjaan, terutamanya geran dan pemberian kepada persatuan dan aktiviti oleh Majlis Sukan Negeri Selangor untuk tahun 2013 dan 2014

    Pada tahun 2013 Majlis Sukan Negeri Selangor telah diperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 untuk belanja mengurus dan RM 6,560,000.00 untuk belanja pembangunan sukan. Sehubungan dengan itu, jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2013 adalah RM10,342,008.32 iaitu sebanyak RM4,428,012.13 adalah untuk belanja mengurus dan sebanyak RM 5,913,996.19 telah dibelanjakan untuk semua program dan aktiviti pembangunan sukan. Manakala pada tahun 2014 pula, peruntukan geran bagi belanja mengurus adalah RM5,200,000.00 dan belanja pembangunan sukan telah diperuntukkan sebanyak RM 7,200,000.00. Jumlah keseluruhan perbelanjaan pada tahun 2014 adalah RM12,351,547.39. Sejumlah RM4,981,977.94 adalah merupakan belanja mengurus dan sebanyak RM 7,369,569.45 telah dibelanjakan untuk perbelanjaan pembangunan

    Berikut adalah butiran berkenaan semua perbelanjaan bagi tahun 2013 dan 2014 :

    TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN (RM) JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR (RM)
    2013 11,560,000.00 10,342,008.32
    2014 12,400,000.00 12,351,547.39

     

    Jumlah perbelanjaan bagi program dan aktiviti pembangunan sukan yang dilaksanakan adalah seperti bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti berikut:

     

     

    BIL

     

    PERKARA

    2013 2014
    (RM) (RM)
     

    1.

    Program Pemberian dan Bantuan Kepada

    Badan-badan Gabungan

    921,636.40 1,023,907.77
    i.      Pembangunan Persatuan

    ii.    Pembangunan Majlis Sukan Daerah

       

     

      (MSD)

    iii. Pembangunan Majlis Sukan Sekolah- sekolah Selangor (MSSS)

       
     

     

    2.

    Program Latihan dan Kepakaran 152,430.30 140,427.40
    i.               Program Khas

    ii.             Pusat Latihan Negeri/Sukan Teras

    iii.           Khidmat Sains Sukan dan Kejurulatihan

       
     

    3.

    Program Pembangunan dan Perancangan 4,394,441.81 5,238,994.48
    i.      Sekolah Sukan

    ii.    Persediaan Sukan Malaysia (SUKMA)

       
    4. Klinik Sukan 35,939.88 5,225.80
     

    5.

    Penganjuran 369,264.90 961,014.00
    i.       Sukan Selangor (SUKSES)

    ii.     Lain-lain Penganjuran Sukan

       
    6. Skim Galakan dan Kebajikan 40,282.90
     

    JUMLAH

     

    5,913,996.19

     

    7,369,569.45

     

    Setiap persatuan akan diperuntukkan geran bantuan bagi dua aktiviti iaitu :

    • Geran bantuan Pembangunan Persatuan
    • Sebanyak 40 persatuan sukan yang telah didaftarkan telah bergabung di bawah Majlis Sukan Negeri
    • Bantuan kepada Persatuan Sukan ini termasuklah bantuan untuk menyertai kejohanan, menganjurkan kejohanan dan program binaan.
    • Berikut adalah perbelanjaan yang telah dibayar kepada persatuan untuk aktiviti yang dinyatakan di

     

     

    TAHUN

    JUMLAH PERUNTUKAN (RM) JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR (RM)
    2013 1,420,000.00 862,956.40
    2014 1,420,000.00 955,492.77

     

    • Geran bantuan Persediaan Sukan Malaysia (SUKMA)

     

    • Geran bantuan akan diberikan kepada semua sukan akan menyertai kejohanan SUKMA pada tahun ianya
    • Pada tahun 2013 dan 2014, Kejohanan SUKMA telah dipertandingkan pada setiap tahun. Walau bagaimana pun sukan yang dipertandingkan untuk kedua-dua tahun tersebut adalah berbeza-beza.
    • Persediaan atlit untuk menyertai kejohanan SUKMA dilaksanakan secara intensif dan berterusan. Segala kos latihan dan pembelian peralatan diperuntukkan kepada persatuan sukan sebagai pelengkap untuk persediaan menyertai
    • Setiap pasukan yang akan menyertai Kejohanan SUKMA akan diperuntukkan sebanyak RM60,000.00 setahun untuk persediaan pasukan dan segala perbelanjaan akan dibayar kepada persatuan sukan yang

    – Berikut adalah perbelanjaan yang telah dibayar  kepada  persatuan untuk persediaan SUKMA.

     

     

    TAHUN

    ANGGARAN SUKAN DIPERTANDINGKAN JUMLAH

    PERUNTUKAN (RM)

    JUMLAH

    PERBELANJAAN SEBENAR (RM)

    2013 25 SUKAN 1,500,000.00 1,458,152.93
    2014 25 SUKAN 1,500,000.00 1,414,112.20

     

    • Peruntukan perbelanjaan untuk pembelian peralatan juga diperuntukkan untuk membeli peralatan sukan bagi menghadapi kejohanan
    • Peralatan yang dibeli akan diberikan kepada Persatuan Sukan bagi urusan penyimpanan dan
    • Peruntukan pembelian    peralatan     ini    disediakan                         kepada persatuan mengikut kesesuaian dan keperluan
    • Berikut adalah perbelanjaan bagi pembelian peralatan sukan bagi menghadapi kejohanan SUKMA

     

     

    TAHUN

    JUMLAH PERUNTUKAN (RM) JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR (RM)
    2013 500,000.00 527,033.50
    2014 1,500,000.00 1,432,232.79

Lampiran

Tiada Lampiran.