Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

231) PERBELANJAAN NEGERI TAHUN 2008

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menerbitkan perbelanjaan negeri dan kertas akaun MBI, agensi kerajaan, anak syarikat negeri untuk tahun 2008 di dalam laman web negeri?

    Cadangan untuk menerbitkan perbelanjaan negeri untuk tahun 2008 di dalam laman web Perbendaharaan Negeri boleh dipertimbangkan.  Walau bagaimanapun, ianya hanya boleh dipaparkan di laman web setelah ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

    Untuk makluman, buku Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor akan diedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Selangor, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Ianya juga boleh didapati di Perbendaharaan Negeri Selangor dan akan diedarkan sekiranya terdapat permohonan daripada pihak yang berkenaan.

    Kerajaan Negeri belum berhasrat menerbitkan kertas akaun MBI dan Anak Syarikat Negeri untuk tahun 2008 di dalam laman web negeri pada masa ini memandangkan MBI masih dalam proses penyelarasan maklumat-maklumat berhubung pengurusan dan kewangan anak-anak syarikatnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.