Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

36) PERBELANJAAN PENGURUSAN AHLI-AHLI MAJLIS NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sebenar perbelanjaan yang melibatkan bayaran elaun tetap bulanan, keraian dan pengurusan pejabat untuk ahli-ahli majlis di setiap PBT bagi tahun 2008 di Negeri Selangor?

    Jumlah sebenar perbelanjaan yang melibatkan bayaran elaun tetap bulanan dan pengurusan pejabat untuk Ahli-Ahli Majlis di setiap Pihak Berkuasa Tempatan Selangor bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:-

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2008
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 831,644.88
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 822,912.00
    3 Majlis Perbandaran Klang 510,000.00
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 165,000.00
    5 Majlis Perbandaran Subang Jaya 240,000.00
    6 Majlis Perbandaran Selayang 168,000.00
    7 Majlis Perbandaran Kajang 252,000.00
    8 Majlis Perbandaran Sepang 695,112.00
    9 Majlis Daerah Kuala Selangor 105,600.00
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor 103,600.00
    11 Majlis Daerah Kuala Langat 103,600.00
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam 105,600.00
    Jumlah Keseluruhan  4,103,068.88

    Untuk makluman, masih terdapat beberapa PBT yang belum memulakan pengurusan pejabat Ahli-Ahli Majlis pada tahun 2008 di atas kekangan peruntukan. Walau bagaimanapun, bagi PBT yang telah memulakan pengurusan pejabat Ahli Majlis, perbelanjaan adalah merangkumi kos sewaan pejabat, kos pembayaran gaji kakitangan dan juga kos utiliti. Sekiranya pejabat Ahli Majlis berkenaan di tempatkan di bangunan milik PBT, kos sewaan akan diserapkan kembali ke dalam akaun PBT. Sehubungan dengan itu, tiada bayaran keraian diperuntukkan kepada setiap Ahli Majlis di PBT.