Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

196) PERBELANJAAN PENYELENGARAAN JKR SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada jawapan JKR Selangor dalam sesi yang lalu, JKR Selangor telah menerima peruntukkan sebanyak RM 70juta untuk tahun 2009 dan RM 30juta untuk tahun 2010 untuk tujuan penyelenggaraan jalan oleh konsesi dan JKR Daerah daripada Kerajaan Pusat. JKR juga melaporkan bahawa kontraktor penyelenggaraan yang dilantik telah gagal melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Siapakah kontraktor penyelenggaraan baru sekarang dan apakah kerja-kerja yang telah dilakukan olehnya sehingga kini.

    Bagi Jalan Lapangan Terbang Subang ini, kerja-kerja penyelenggaraan masih lagi di bawah kontraktor utama iaitu syarikat Perkim (Damansara Utama) – Rira Bina JV sehingga akhir Tempoh Tanggung Kecacatan iaitu pada Jun 2011. Pihak kontraktor utama diberi tempoh selama tiga bulan untuk kerja-kerja pembaikan kecacatan sehingga Ogos 2011. Selepas tarikh ini kerja-kerja penyelenggaraan akan diambil oleh Syarikat Konsesi Roadcare Sdn Bhd. Kerjakerja yang akan dilaksanakan oleh Konsesi Roadcare Sdn.Bhd. adalah kerjakerja penyelenggaraan rutin dan berkala. Skop kerja-kerja rutin adalah seperti berikut :

    Kod Aktiviti Aktiviti / Kerja
    R 01 Pavemen / Permukaan jalan

    –      Menampal lubang di permukaan jalan

    R 02 Bahu jalan

    –      Merata dan menaikaras bahu jalan

    R 03 Memotong rumput
    R 04 Membersih perabot jalan
    R 05 Membersih jambatan & pembentung
    R 06 Penyenggaraan lanskap
    R 07 Membersih longkang dan peparitan

Lampiran

Tiada Lampiran.