Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

275) PERBELANJAAN PERKHIDMATAN MEMOGRAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah perbelanjaan untuk setiap Pusat Khidmat Rakyat DUN menawarkan perkhidmatan memogram sejak tahun 2008 hingga sekarang; Berapakah jumlah wanita mendapatkan manfaat daripada program MES ini;

    Sehingga April 2014, seramai 18,545 orang telah menerima manfaat daripada program Skim Kesihatan Wanita : Mammogram Selangor ini dan tiada sebarang perbelanjaan diperuntukkan kepada setiap Pusat Khidmat Rakyat DUN. Ini kerana pembiayaan pelaksanaan program Mammogram ini adalah diperuntukkan dan disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pembayaran perkhidmatan pemeriksaan kanser payu dara yang telah disempurnakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.