Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

40) PERBELANJAAN PERUNTUKAN RM1 JUTA UNTUK KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan program kesihatan mental yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui peruntukan RM1 juta yang diluluskan dalam Belanjawan Negeri 2018. Juga senaraikan kos yang dibelanjakan bagi setiap program.

    Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memulakan beberapa program kesihatan mental yang menfokuskan kepada kumpulan tertentu seperti Petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB). Kumpulan ini merupakan kakitangan barisan hadapan yang mewakili Kerajaan Negeri dalam menyampaikan dasar-dasar serta program-program yang dilaksanakan. Golongan ini sentiasa berdepan dengan cabaran dan tekanan dalam menjalankan tugas utama seharian. Atas faktor tersebut, program ini dianjurkan bagi membantu mereka mengawal dan mengatasi perkara tersebut dengan kaedah terbaik.

    Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Khidmat Masyarakat untuk membuat saringan kesihatan mental dan memberi taklimat menangani stress dari aspek kekeluargaan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Saringan yang dilakukan boleh membantu Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh kumpulan ini dan mengaturkan program susulan sekiranya hasil saringan adalah negatif.

    Program kesihatan mental dan kos yang terlibat adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.