Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

107) PERBELANJAAN SELANGOR CYBER GAMES 2018

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan pecahan jumlah kewangan yang terlibat dalam penganjuran Selangor Cyber Games 2018.

    Program Selangor Cybergames merupakan salah satu program E-sports yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor bermula pada tahun 2014 sehingga kini yang telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan di kalangan generasi muda di Selangor malah dari seluruh Malaysia dan Asia Tenggara. Impak yang besar setelah 4 tahun penganjuran ini telah menunjukkan kerancakkan anak muda zaman kini yang menjadikan permainan video games bukanlah aktiviti negatif bahkan ianya telah pun diajdikan sebagai karier dan sumber pendapatan di kalangan generasi muda masa kini. Justeru itu, program ini merupakan satu platform kepada generasi muda di Negeri Selangor khususnya dalam usaha untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi maklumat yang semakin penting dewasa ini dan juga untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk mencungkil bakat mereka dalam bidang multimedia yang menjadi fenomena anak muda masa kini.

    Pada tahun 2018, Program Selangor Cyber Games 2018 telah diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 bertempat di Empire City Damansara dengan jumlah penyertaan adalah sebanyak 2,500 penyertaan. Di antara games yang telah dipertandingkan adalah seperti DOTA 2, PUBG, FIFA 18, PES, Tekken 7, Mobile Legends dan Zotac Lan Party. Bagi menganjurkan program ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM380,000.00 dengan perincian adalah seperti berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.