Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

51) PERBELANJAAN STANDCO KAJIAN & PENYELIDIKAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan Kajian & Penyelidikan?

    Setiap tahun Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta bagi Kajian dan Penyelidikan di mana ianya adalah berdasarkan kepada keperluan untuk memperkasakan dasar-dasar kerajaan negeri dan kajiankajian spesifik seperti Cadangan Program Pungutan Suara dan Pendapat Terhadap Pelaksanaan Projek Sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya (KLJ) dan Kajian Geoteknikal dan Penilaian Risiko Geologi Rezab Gua Batu Caves, Selayang.

    Peruntukan-peruntukan telah dibelanjakan bagi melaksanakan perkaraperkara seperti yang dinyatakan. Antara kajian yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    • Tinjauan Berkala Sosio-Politik Di Kalangan Rakyat Selangor 2010;
    • Organization Investigative Study and Strategic Development Pilot Project;
    • Kajian Penggubalan Undang-undang Berkaitan Dengan Hak Tanah Orang Asli Di Selangor;
    • Penyediaan Laporan Pencemaran Influent Kolam Udang Harimau;
    • Kajian / Pandangan (Second Opinion) Berhubung Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE);
    • Kajian Cadangan Pembentukan Dasar Belia Negeri Selangor;
    • Kajian Pengurusan Jeti di Negeri Selangor; dan
    • Integrated Solid Waste Management Study

    Kajian-kajian yang dilaksanakan adalah menggunakan khidmat nasihat dari pelbagai universiti di Malaysia dan juga menggunakan khidmat perunding swasta yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan.

    Selain daripada peruntukan di bawah Jawatankuasa Tetap Kajian dan Penyelidikan, Kerajaan Negeri Selangor juga turut memberi geran penyelidikan sebanyak RM5.8 juta kepada UNISEL dan KUIS bermula dari tahun 2009 sehingga 2012 dalam membangunkan bidang penyelidikan yang menjadi tumpuan kepada institusi yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.