Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

164) PERBELANJAAN WANG RIZAB NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci perbelanjaan yang menggunakan rizab simpanan negeri dari 2016 - 2018

    Matlamat utama Kerajaan Negeri Selangor adalah memastikan peruntukan perbelanjaan yang disediakan melalui Dewan dibelanjakan secara berhemah dan value for money.

    Berikut adalah jumlah penggunaan rizab Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2016 sehingga tahun semasa:

    Walaupun anggaran defisit dinyatakan dalam bajet pada tahun 2016 hingga semasa adalah tinggi namun penggunaan rizab sebenar pada tahun-tahun berkenaan adalah lebih rendah. Peruntukan defisit itu digunakan bagi projek-projek berimpak tinggi untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Di antara projek-projek pembangunan yang berimpak tinggi adalah:

    1. Projek Mitigasi 2 iaitu meningkatkan kapasiti bekalan air terawat dan menambahbaik sistem agihan bekalan air bernilai RM328 juta;
    2. Loji Rawatan Air Semenyih 2 bernilai RM188 juta;
    3. Jambatan Ketiga Klang untuk menyurai kesesakan trafik yang berjumlah RM250 juta;
    4. Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang bernilai RM427 juta; dan
    5. Projek Menaiktaraf Jalan Reko, Kajang bernilai RM65 juta dan lain-lain projek yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.