Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

55) PERBELANJAAN WANG RIZAB NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci perbelanjaan yang menggunakan rizab simpanan negeri pada tahun 2010 hingga 2015.

    Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2010 hingga 2012 serta 2015 telah mencatatkan lebihan di mana perbelanjaan tahun semasa adalah menggunakan terimaan hasil tahun semasa. Manakala prestasi kewangan pada tahun 2013 dan 2014 berakhir dengan kurangan. Kurangan yang direkodkan ini dibiayai oleh rizab simpanan negeri bagi membiayai sebahagian perbelanjaan pembangunan.

      2010 2011 2012 2013 2014 2015
    RM Juta RM Juta RM Juta RM

    Juta

    RM

    Juta

    RM

    Juta

    Lebihan / (Kurangan) 124.24 180.62 251.72 (122.00) (4.37) 232.79
     
    Perbelanjaan Mengurus
    Emolumen   347.35 362.20  
    Perkhidmatan dan Bekalan 365.41 400.82
    Aset 8.56 8.77
    Pemberian dan Kenaan Tetap 911.56 653.26
    Perbelanjaan Lain 8.25 22.71
    Jumlah  1,641.13 1,447.76
     
    Perbelanjaan Pembangunan   630.84 781.69  

    Nota:- Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.