Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

97) PERCAMBAHAN RUMAH-RUMAH URUT DAN PUSAT VIDEO GAME

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah sosial ini terus membelenggu penduduk negeri ini. Walau pun masalah yang dihadapi ini telah wujud sejak dahulu lagi. Sekiranya tiada tindakan yang agresif diambil, masalah ini akan terus menghantui penduduk negeri ini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah sosial ini?

    Bagi membendung gejala keruntuhan sosial daripada terus menular, kerajaan
    negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah banyak mengambil
    tindakan dari segi penguatkuasaan. Sebagai contoh, operasi-operasi
    membanteras kegiatan pelacuran di rumah-rumah urut, sarna ada berlesen atau tidak, telah dilaksanakan oleh PBT-PBT. Selain itu, kerajaan negeri kini sedang memperluaskan operasi dan pemantauan ke atas ‘cyber-cyber cafe’ yang
    dijadikan pusat permainan video.

    Kerajaan negeri juga telah mengarahkan PBT untuk menguatkuasakan
    peraturan supaya pengusaha memasang cermin yang cerah dan tidak
    dibenarkan menampal sebarang kertas di atas cermin tersebut bagi premis
    ‘cyber cafe’.

Lampiran

Tiada Lampiran.