Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

104) PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai eksport produk-produk dari Selangor ke peringkat antarabangsa?

    Jabatan Perangkaan tidak mempunyai data eksport / import mengikut negeri. Walau bagaimanapun, Jabatan Perangkaan telah menjalankan Banci Ekonomi 2011 bagi tahun rujukan Maklumat ini boleh digunakan sebagai input untuk menganggar nilai eksport dari negeri Selangor.

     

    Antara sektor yang menyumbangkan kepada nilai eksport yang tinggi adalah sektor pembuatan. Hasil Banci yang dijalankan menunjukkan bahawa jumlah nilai jualan sektor pembuatan daripada negeri Selangor adalah sebanyak RM216.55 bilion (27.1 peratus) daripada jumlah keseluruhan nilai jualan di peringkat Malaysia iaitu RM799.99 bilion pada tahun 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.