Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

81) PERGANTUNGAN PEKERJA ASING

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan pergantungan pekerja asing terutamanya di sektor pembinaan dan pertanian?

    Bidang kuasa berkaitan kemasukan pekerja asing adalah di bawah Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Imigresen. Banyak usaha-usaha yang dilakukan untuk mengawal kemasukan pekerja asing ke dalam negara

     

    Secara dasarnya Kerajaan Persekutuan telah mengambil inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing melalui dasar dan syarat-syarat yang ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing seperti;-

     

    Keutamaan penggajian untuk warga tempatan yang mana Majikan dikehendaki memaklumkan kekosongan jawatan kepada  Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) terlebih dahulu untuk membolehkan pencari kerja rakyat tempatan yang berdaftar dengan JobsMalaysia diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan

     

    Tempoh penggajian yang dibenarkan adalah 5 tahun + 5 tahun bagi 5 sektor

     

    Permohonan pengambilan pekerja asing yang lengkap akan dipertimbang dan diluluskan berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kawal Selia. Namun begitu, keutamaan penggajian masih kepada rakyat tempatan yang mana dasar penggajian pekerja asing pada masa ini seharusnya merupakan langkah sementara untuk mengisi keperluan pihak industri.

     

    Mengenakan levi pekerja asing kepada majikan yang ingin menggajikan pekerja

     

     

    Di peringkat Negeri, jabatan seperti Imigresen, Kastam serta Pihak Berkuasa seperti Polis Negeri telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:-

     

    1. Sektor Pembinaan :

    Memperkenalkan teknologi terkini yang dibawa oleh pelabur yang berkunjung ke Negeri Selangor kepada pemaju – pemaju perumahan tempatan seperti teknologi ‘precast concrete’ untuk diadaptasi dalam sektor pembinaan di Negeri Selangor sebagai langkah mengurangkan kos dan juga kebergantungan kepada tenaga buruh yang

     

    1. Sektor

    Menggalakkan penglibatan dan memberikan kemahiran kepada belia tempatan untuk menceburi aktiviti pertanian melalui program- program yang dilaksanakan oleh, Jabatan Pertanian seperti program inkubator usahawan belia

     

    Melaksanakan program pemindahan teknologi dan cara tanaman moden bagi meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung kepada tenaga buruh kepada berintensifkan

     

    • Penguatkuasaan

    Program penguatkuasaan ke atas majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah oleh Jabatan Imigresen

Lampiran

Tiada Lampiran.