Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

273) PERHIMPUNAN AMAN DAN HAK RAKYAT MENGKRITIK PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan terhadap demonstrasi yang diadakan di kawasan SUK?

    Kerajaan berpendirian secara terbuka terhadap demonstrasi yang diadakan di kawasan SUK di mana wakil pihak yang berdemonstrasi dibenarkan untuk berjumpa dengan pegawai daripada Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor untuk berbincang mengenai isu yang dibawa oleh pihak demonstrasi serta menyerahkan apa-papa dokumen yang ingin diserahkan oleh pihak demonstrasi kepada Kerajaan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.