Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

6) PERIKANAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah Lesen Perikanan Persisir Pantai yang menggunakan bot-bot kecil dibekukan

    Jabatan Perikanan Malaysia membekukan pengeluaran lesen vesel menangkap ikan bagi Zon A (Tradisional) di seluruh negara berdasarkan kepada hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (IPP).  Kajian sumber perikanan yang dilakukan pada tahun 1970an, 1980an, 1990an dan 2010 di Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia menunjukkan sumber perikanan di Semenanjung Malaysia terutamanya Zon Pantai mengalami kemerosotan dan telah mencapai tahap optima.

    Hasil kajian sumber perikanan ini juga menunjukkan bahawa sumber perikanan laut dalam di Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga mengalami kemerosotan dan mencapai tahap optima.  Oleh yang demikian, Jabatan Perikanan Malaysia juga telah membekukan pengeluaran lesen vesel menangkap ikan bagi Zon B, Zon C, dan Zon C2 di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.