Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

84) PERINDUSTRIAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sumbangan perindustrian Selangor berbanding negeri-negeri lain?

    Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan anggaran pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 5.7% bagi tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya. Berpandukan persekitaran ekonomi Negara dan global, jumlah nilai tambah negeri bagi tahun 2012 dianggarkan meningkat ke RM143,488 juta dalam harga malar tahun 2000 (2011:RM136,606 juta).

    Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang kira-kira 38% dalam KDNK negeri pada tahun 2012, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta nasional iaitu proton serta perodua dan kereta import seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo dan BMW. Terdapat juga kilangkilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi.

    Berdasarkan statistik pembinaan suku tahunan 2012 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, dalam suku pertama 2012 Negeri Selangor telah mencatatkan nilai kerja pembinaan yang tertinggi sebanyak RM4.06 bilion iaitu 22.9 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai kerja pembinaan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( RM2.35 billion;13.3%), Johor  (RM2.16 bilion; 12.2%) dan negerinegeri lain. Berdasarkan data yang diperolehi, Negeri Selangor juga merupakan sebagai negeri yang mempunyai nilai kerja pembinaan tertinggi bagi bangunan kediaman (RM1.8bilion) dan  bangunan bukan kediaman (RM1.5bilion) berbanding Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (bangunan kediaman:RM878juta) dan bangunan bukan kediaman (RM1.0bilion).

    Kedudukan Selangor yang strategik dan lengkap dengan kemudahan infra menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan pilihan para pelabur. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tahun 2012, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 11,734,817,935 dengan 252 projek perkilangan yang diluluskan. Sebanyak 22,719 potensi peluang pekerjaan telah disediakan untuk penduduk tempatan yang berminat.

    Statistik ini menunjukkan Selangor menyumbang sebanyak (29%) daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan di Malaysia. Pertumbuhan ekonomi Selangor yang dipacu oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan menjadikan negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK Negara iaitu sekitar 21% – 23% bagi tempoh tahun 2008 hingga 2012. Jumlah pelaburan yang

    diluluskan di Negeri Selangor bagi tahun 2012 adalah seperti jadual berikut;-

    Projek Perkilangan Yang diluluskan Di Negeri Selangor Mengikut Negeri bagi tempoh Januari hingga Disember 2012

    Negeri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan

    Tempatan (RM)

    Pelaburan Asing (RM) Modal

    Pelaburan (RM)

    Selangor 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935
    Johor 184 23,719 1,383,257,504 4,152,547,457 5,535,804,961
    Sabah 30 2,153 4,767,563,466 266,750,510 5,034,313,976
    Sarawak 34 2,214 975,489,728 3,752,772,138 4,728,261,866
    Negeri Sembilan 40 3,329 1,472,419,999 1,257,632,266 2,730,052,265
    Penang 115 10,359 1,344,906,218 1,126,549,317 2,471,455,535
    Terengganu 11 820 156,123,986 2,254,876,000 2,410,999,986
    Perak 49 5,347 688,977,031 1,592,043,732 2,281,020,763
    Pahang 16 1,850 993,294,629 1,097,831,176 2,091,125,805
    Melaka 26 1,330 644,023,549 408,621,578 1,052,645,127
    Kedah 31 1,880 244,712,397 344,300,419 589,012,816
    W. P. Kuala Lumpur 11 783 213,260,190 39,284,265 252,544,455
    Kelantan 4 113 4,386,555 110,700,000 115,086,555
    W. P. Labuan 1 15 13,034,050 12,215,950 25,250,000
    Perlis         0
    Belum

    ditentukan

            0
    Jumlah 804 76,631 20,206,943,669 20,845,448,376 41,052,392,045

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.