Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

113) PERINDUSTRIAN PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pelan induk dan strategi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan pelancong asing melawat ke negeri Selangor?

    Pelan induk dan strategi kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan pelancong asing melawat ke Negeri Selangor adalah seperti berikut :-

    1. Mempergiatkan promosi pelancongan domestik dan luar negara
    2. Memberi fokus kepada pasaran pelancongan yang menjadi tumpuan bagi Negeri Selangor seperti kesihatan, pendidikan, homestay, eko pelancongan dan ‘Malaysia My Second Home’
    3. Bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan Negeri Selangor untuk menawarkan lebih banyak tawaran yang menarik kepada para pelancong
    4. Menganjurkan dan mengendalikan beberapa acara bertaraf antarabangsa dengan lebih tumpuan kepada acara MICE
    5. Merangka beberapa pakej-pakej yang menarik bagi kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa
    6. Merencanakan beberapa pengiklanan seperti media cetak dan elektronik mengenai tempat-tempat pelancongan serta acara-acara yang akan dianjurkan oleh Negeri Selangor.
    7. Meningkatkan penggunaan laman sesawang pelancongan Negeri Selangor Menaik taraf produk-produk pelancongan

Lampiran

Tiada Lampiran.