Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

112) PERINGKAT PELAKSANAAN PROJEK PERUMAHAN SELANGORKU DI SUNGAI SERING.

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan peringkat pelaksanaan projek perumahan Selangorku di Sungai Sering

    a) Peringkat pelaksanaan Projek Perintis Rumah Selangorku di Taman Ukay Indah, Sungai Sering Mukim Hulu Kelang daerah Gombak mengambil masa yang agak panjang memandangkan beberapa proses kelulusan yang perlu dilalui sebelum kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan di tapak. Sehingga kini Pelan Kebenaran Merancang baru sahaja diluluskan secara bersyarat oleh Mesyuarat Jawatankuasa OSC Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 12 November 201 dan Pelan Bangunan dijangka akan diluluskan dalam masa terdekat. Sebaik sahaja pelan-pelan kelulusan ini diluluskan dan syarat-syarat dipatuhi, kerja-kerja di tapak dijangka akan dapat dimulakan selewat-lewatnya Januari 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.