Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

215) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS ÔFREE TRADE AGREEMENTÕ

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kini Kerajaan Persekutuan sedang giat mengadakan rundingan dengan Amerika melalui rundingan Trans Pacific Partnership ( TPP) /FTA dengan Malaysia . Pada masa yang sama juga Kesatuan Eropah ( European Union) juga mengadakan rundingan dua hala dengan Malaysia dengan harapan menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dalam masa terdekat. Pernahkan Kerajaan Negeri Selangor dijemput oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI ) untuk memberikan pandangan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas( FTA) ini ?

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih di dalam proses rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) Trans Pacific Partnership (TPP) dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (European Union). Di dalam pelaksanaan proses rundingan tersebut, pihak MITI telah menjemput persatuan – persatuan industri dari pelbagai sektor ekonomi berkepentingan menyertai sesi konsultasi tersebut bagi mendapatkan pandangan yang lebih tepat dan relevan terutama melibatkan syarat-syarat dan terma yang harus dimasukkan demi menjaga kepentingan pemain – pemain industri tempatan. Sehingga sekarang, pihak MITI belum memanggil mana – mana Kerajaan Negeri termasuk Selangor untuk memberikan pandangan berhubung FTA kerana ia masih di dalam proses penyediaan dan rundingan antara negara – negara terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.