Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

75) PERJANJIAN PURPLE STAR DENGAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ) – ‘JOINT VENTURE’ ANTARA MBPJ DAN PURPLE STAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pembangunan bercampur di Jalan Teknologi 3/7, Mukim Damansara, Seksyen 2 & 3 Kota Damansara, atas tanah kepunyaan MBPJ. Apakah susunan-susunan ekuiti antara dua pihak ini dan sama ada terdapat penglibatan pihak lain?

    Dalam tempoh sepanjang perjanjian berkuat kuasa pihak syarikat tidak boleh menukar pemegang saham ekuiti tanpa mendapat kebenaran  daripada MBPJ .

Lampiran

Tiada Lampiran.