Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

267) PERJAWATAN HAKIM SYARIE DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha pihak Kerajaan Negeri dalam menaiktaraf sistem perjawatan hakim syarie di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk menaiktaraf jawatan Hakim Syarie di Negeri Selangor.

    Pada tahun 2016, satu jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah dinaiktaraf daripada Gred LS52 kepada Gred LS54.   Selain jawatan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha untuk menaiktaraf jawatan-jawatan Hakim Syarie yang lain di seluruh Negeri Selangor.  Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana Kerajaan Negeri tertakluk kepada dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sebarang cadangan untuk menaiktaraf jawatan sedia ada atau menambah jawatan baru hendaklah dilaksanakan secara trade off atau re-deployment jawatan sedia ada tanpa melibatkan sebarang implikasi kewangan tambahan.

    Sehubungan dengan itu, usaha untuk menaiktaraf jawatan-jawatan Hakim Syarie sukar untuk dilaksanakan kerana di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor tidak ada sebarang lebihan jawatan yang boleh di trade off bagi tujuan menaiktaraf jawatan Hakim Syarie sehinggalah dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan tersebut diubah.

Lampiran

Tiada Lampiran.