Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

49) PERJAWATAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan kakitangan tetap, kontrak dan lain-lain kategori bagi setiap jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

    Berdasarkan rekod sehingga 15 Julai 2016, jumlah kakitangan tetap dan kontrak di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak 21,981 orang seperti mana maklumat berikut :

    BIL STATUS LANTIKAN JUMLAH
    1 Tetap 16,961
    2 Kontrak 5,020
    Jumlah Keseluruhan 21,981

    Sumber Data: EIS, Pangkalan Data HRMIS, 15 Julai 2016

     

Lampiran

Tiada Lampiran.