Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

85) PERKAHWINAN BAWAH UMUR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan permohonan perkahwinan bawah umur sejak had umur minimum dipinda dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada Mesyuarat Kedua (Pembukaan) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Keempat Belas Tahun 2018.

    Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (Pindaan  2018)  masih belum dikuatkuasakan bagi membolehkan JAKESS membuat penyelarasan dengan semua jabatan yang berkaitan. Enakmen tersebut dijangka akan berkuatkuasa pada Januari 2019. Oleh yang demikian tiada kes yang telah didaftarkan berdasarkan enakmen yang dipinda tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.