Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

79) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah perkampungan Orang Asli dan keturunannya yang masih wujud di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?

    Jumlah Perkampungan
    Jumlah perkampungan Orang Asli di Negeri Selangor adalah sebanyak 74 buah kampung
    pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:-
    SUKU KAUM
    BIL DAERAH KAMPUNG TEMUAN MAHMERI SEMAI JUMLAH
    1. Sepang 15 2,009 713 0 2,722
    2. Kuala Langat 20 1,960 2,453 0 4,413
    3. Klang 3 0 339 0 339
    4. Hulu Langat 9 1,879 5 5 1,889
    5. Gombak 7 1,909 0 60 1,969
    6. Petaling 4 1,184 0 0 1,184
    7. Hulu Selangor 16 2,653 0 207 2,860
    JUMLAH 74 11,594 3,510 272 15,376

    ii) Suku Kaum Orang Asli
    Suku kaum Orang Asli yang terdapat di Negeri Selangor ialah 3 suku kaum, iaitu suku kaum
    iaitu:-
    a) Suku Kaum Temuan (Melayu Asli) meliputi 79% daripada jumlah penduduk Orang
    Asli Selangor.
    b) Suku Kaum Mahmeri (Senoi) meliputi 29%
    c) Suku Kaum Semai (Senoi) meliputi 2%
    a. Suku Kaum Temuan (Kumpulan Melayu Asli)
    Suku Kaum ini terdapat di daerah-daerah Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat,
    Gombak/Petaling dan Hulu Selangor.
    b. Suku Kaum Mahmeri (Kumpulan Senoi)
    Suku kaum ini terdapat di persisiran pantai iaitu di daerah Kuala Langat dan Sepang.
    c. Suku Kaum Semai (Kumpulan Senoi)
    Suku kaum ini terdapat di daerah Hulu Selangor, bersempadan dengan Negeri Perak.
    d. Taburan kampung dan penduduk Orang Asli di Negeri Selangor mengikut daerah
    dan pecahan suku kaum.
    Kampung-kampung Orang Asli yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan ataupun
    komersial di Negeri Selangor adalah sebanyak 7 buah perkampungan Orang Asli yang terlibat.
    Kampung-kampung adalah seperti berikut:-
    i) Kampung Orang Asli Bukit Lanjan, Daerah Petaling.
    ii) Kampung Orang Asli Gerachi Jaya, Daerah Hulu Selangor.
    iii) Kampung Orang Asli Pertak, Daerah Hulu Selangor.
    iv) Kampung Orang Asli Air Kuning, Shah Alam, Daerah Petaling.
    v) Kampung Sg. Rasau Hulu, daerah Petaling.
    vi) Kampung Bukit Kemandul dan Tanjong Rabok, Daerah Kuala Langat.
    vii) Kampung Orang Asli Bukit Baja Daerah Sepang.

Lampiran

Tiada Lampiran.