Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

12) PERKEMBANGAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan seterusnya dalam rancangan ini dan penglibatan ADUN-ADUN dalam perlaksanaannya

    Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Menteri Besar Selangor telah merasmikan Program Publisiti
    dan Penyertaan Awam secara serentak bagi (5) Draf Rancangan Tempatan Negeri
    Selangor pada 3 November 2009 di Menara MPAJ. Program Publisiti dan Penyertaan
    Awam diadakan bermula pada 3 November 2009 hingga 2 Disember 2009. Program
    publisiti ini telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2009 dan telah dilanjutkan kali kedua
    hingga 31 Januari 2010.
    Sehingga tamat tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam, JPBD Negeri
    Selangor dan lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan telah menerima borang-borang
    bantahan seperti berikut :
    BIL RANCANGAN TEMPATAN JUMLAH
    BORANG
    BANTAHAN
    JUMLAH
    PEMBANTAH
    1. DRT Majlis Perbandaran Ampang
    Jaya 2020
    3,036 4,138
    2. DRT Majlis Perbandaran Selayang
    2020
    276 276
    3. DRT Majlis Perbandaran Kajang
    2020
    217 217
    4. DRT Kuala Langat 2020 366 4,457
    5. DRT Daerah Hulu Selangor
    2020
    100 110
    JPBD Negeri Selangor dan kelima-lima Pihak Berkuasa Tempatan sedang menyediakan
    Laporan Bantahan Awam. Bagi menyegerakan penyediaan Laporan Bantahan tersebut,
    satu ‘Task Force’ telah ditubuhkan di kelima-lima PBT. Semasa sesi ‘Task Force’
    penyediaan Laporan Bantahan Awam, Ahli Majlis turut terlibat di dalam perbincangan
    bagi memperoleh penjelasan dan penyelesaian yang terbaik terhadap bantahan /
    cadangan yang telah dikemukakan.
    Laporan Bantahan Awam seterusnya akan diangkat ke Jawatankuasa Siasatan dan
    Pendengaran Awam yang dipengerusikan oleh Y.B Tuan Iskandar bin Abdul Samad,
    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.
    Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam dijangka akan bersidang
    pada bulan Mei hingga Julai 2010.
    Semasa Jawatankuasa yang dilantik bersidang, semua pembantah akan dijemput hadir
    untuk memberi penjelasan terhadap bantahan, pandangan atau cadangan yang telah
    dikemukakan.
    Ahli-Ahli Yang Berhormat telah memainkan peranan yang sangat penting semasa
    Program Dialog Publisiti dan Penyertaan Awam yang telah diadakan. Oleh itu, Ahli-Ahli
    Yang Berhormat yang berminat akan turut dijemput hadir sebagai pemerhati untuk
    sama-sama mendengar bantahan-bantahan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan
    dan Pendengaran Awam bersidang.

Lampiran

Tiada Lampiran.