Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

6) PERKEMBANGAN HALAL INTERNATIONAL SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberhasilan program yang dijalankan?

    1. Keberhasilan program yang dijalankan oleh HIS adalah seperti berikut;-
      1. Program Halal International Selangor (HIS) telah merangkumi dua komponen dalam eko-sistem industri Halal iaitu:
        • Pembangunan modal insan melalui latihan-latihan pra dan pasca pensijilan halal.
        • Pembangunan industri halal melalui penilaian kesediaan pensijilan halal dan penilaian produk halal.

     

    1. Sepanjang 2017 – 2019 program-program HIS telah mensasarkan seramai 2,928 peserta. Peserta-peserta ini terdiri daripada pelajar, pemain industri serta penguatkuasa.

     

    • Bagi keseluruhan program, sebanyak 80% dan lebih peserta mendapati program yang dijalankan menepati objektif yang disasarkan. Antara objektif-objektif program (secara keseluruhan):
      • Meningkatkan kemahiran berkaitan perniagaan dan pensijilan halal
      • Memberikan tambah nilai bagi pengetahuan dan kemahiran bagi pemain-pemain industri
      • Membuka peluang pekerjaan
      • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang halal bagi penguatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.