Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

285) PERKEMBANGAN HOTEL BAJET

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Didapati banyak hotel bajet sama ada haram atau diluluskan seluruh Selangor. Apakah faktor perkembangan ini dan mekanisme kawalannya?

    Faktor perkembangan hotel bajet ini di Selangor adalah seperti berikut:-

    1. Peningkatan Sektor Pelancongan

    Pembukaan kawasan baru yang menjadi tumpuan pelancong samada domestik atau antarabangsa.

    1. Menjana Ekonomi Penduduk

    Kewujudan hotel bajet ini menjadi satu peluang untuk meningkatkan pendapatan peniaga di sekitar kawasan hotel bajet tersebut seperti restoran, pusat membeli belah, kedai dobi, kedai serbaneka dan sebagainya.

    • Alternatif Kepada Golongan Berpendapatan Rendah.

    Kadar bayaran rendah yang ditawarkan oleh hotel bajet memberikan alternatif kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan kemudahan penginapan.

    1. Memenuhi keperluan masyarakat

    Berdasarkan taburan permohonan didapati hotel bajet ini tertumpu di kawasan yang hampir dengan pusat pengajian tinggi. Ianya memberi kemudahan kepada  pusat pengajian tinggi tersebut terutamanya semasa majlis konvokesyen dan kegunaan persinggahan (pelajar separuh masa/ pekerja   industri/ kakitangan kerajaan atau swasta) yang mempunyai urusan kerja seperti menghadiri mesyuarat, kursus, seminar dan sebagainya untuk  menginap dalam tempoh yang singkat .

    Mekanisme kawalan yang digunakan adalah seperti berikut:

    1. Pengusaha perlu mendapat Kelulusan Kebenaran Merancang bagi mengenalpasti kesesuaian aktiviti, lokasi dan bilangan letak kereta yang mencukupi.
    2. Pengusaha perlu memohon pelan pengubahsuaian bangunan. iii. Pengusaha perlu mengemukakan permohonan lesen perniagaan .
    3. Pengusaha perlu berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta mendapat taraf sekurang-kurangnya 1 bintang.

    PBT hanya mempertimbangkan kelulusan lesen hotel bertaraf 1 bintang setelah mendapat kebenaran merancang perubahan meterial bangunan kepada hotel bertaraf 1 bintang dan mendapat kelulusan pelan bangunan dan sijil siap pematuhan (CCC Sebagai Hotel).

Lampiran

Tiada Lampiran.