Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

1) PERKEMBANGAN INDUSTRI PERTANIAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk dan jumlah bantuan atau insentif yang ditawar oleh Kerajaan bagi menggalakkan lagi golongan belia di Negeri Selangor untuk menceburi bidang pertanian.

    Dalam usaha untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian, kerajaan
    telah menyediakan beberapa insentif seperti berikut:
    i) Perkhidmatan khidmat nasihat teknikal akan diberi secara terus menerusi
    pejabat-pejabat pertanian daerah dan bahagian teknikal kepada belia-belia
    dan usahawan yang memajukan projek pertanian khususnya dalam bidang
    pengeluaran hasil-hasil tanaman, pemprosesan makanan atau industri asas
    tani serta bunga-bungaan. Perkhidmatan yang diberi ini merupakan usaha
    membimbing mereka dalam aspek pengetahuan dan kemahiran teknikal
    untuk mengurus projek-projek pertanian.
    ii) Selain perkhidmatan khidmat nasihat, pihak Kerajaan Negeri menerusi
    Jabatan Pertanian Negeri menyediakan peruntukan kewangan dibawah
    Program Pembangunan Pertanian dan menyalurkan dalam bentuk bantuan
    input-input pertanian dan infrastruktur kepada peserta-peserta yang
    memajukan projek-projek pengeluaran hasil-hasil tanaman makanan seperti
    padi, buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, kelapa dan projek
    industri asas tani. Bantuan tersebut adalah berupa geran mengikut kadarkadar yang
    telah ditetapkan.
    iii) Insentif-insentif lain yang turut ditawarkan ialah pemberian insentif
    percukaian dibawah kendalian Kementerian Pertanian. Insentif ini bertujuan
    sebagai galakkan kepada syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam industri
    pengeluaran bahan-bahan makanan ( buahbuahan/sayuran, akuakultur, ternakan lembu & kambing dan perikanan laut
    dalam).

Lampiran

Tiada Lampiran.