Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

19) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor dan jumlah perdagangan Negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2007

    Antara 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagangan adalah seperti berikut;-
    Bil. Negara 2007
    (RM Billion)
    1. United States Of America 149.21
    2. Singapore 146.46
    3. Japan 120.78
    4. People’s Republic Of China 117.94
    5. Thailand 56.99
    6. Republic Of Korea 47.97
    7. Taiwan 45.17
    8. Hong Kong 42.65
    9. Indonesia 39.13
    10. Germany 38.25
    11. Others 305.42
    Jumlah Dagangan 1,109.97
    Sumber : Matrade
    Jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2007 bernilai sebanyak RM1.11 trilion,
    meningkat 3.7% daripada tahun 2006 yang hanya mencatatkan sebanyak RM1.07
    trilion. Nilai eksport meningkat 2.7% kepada RM605.1 bilion pada tahun 2007
    berbanding RM589 bilion pada tahun 2006. Nilai import pula meningkat 4.9% kepada
    RM504.6 bilion pada tahun 2007 berbanding RM480.8 bilion pada tahun 2006.
    Butiran ini adalah jumlah perdagangan bagi Malaysia dan tiada pecahan butiran
    mengikut negeri-negeri.
    a) Beberapa strategi yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut;-
    i. Mempromosikan kawasan-kawasan tertentu seperti Pulau Indah sebagai
    kawasan aktiviti perdagangan atau trading hub.
    ii. Program yang berorientasikan ”Business networking” atau program temusuai
    perniagaan akan tersu dilaksanakan dari masa ke semasa.
    iii. Menganjurkan misi lawatan penggalakkan pelaburan dan perdagangan ke luar
    negara yang berpotensi.
    iv. Penyertaan syarikat-syarikat dari Selangor dalam pameran-pameran yang
    dianjurkan di dalam dan luar negara

Lampiran

Tiada Lampiran.