Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

38) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah perdagangan negeri Selangor di luar Negara bagi tahun 2008. Sila nyatakan butiran.

    Negeri Selangor merupakan antara penyumbang terbesar perdagangan di Malaysia di mana urus niaga perdagangan ini melalui Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Walau bagaimana pun, maklumat yang diperoleh daripada Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) hanya mempunyai butiran jumlah perdagangan bagi Malaysia dan tiada pecahan butiran mengikut negeri-negeri. Sehubungan dengan itu, jumlah perdagangan Malaysia pada 2008 berjumlah RM858.61 bilion dengan jumlah eksport sebanyak RM474.05 bilion melebihi dari jumlah import sebanyak RM384.56 bilion. Butiran lanjut seperti berikut:

    Jumlah Eksport dan Import Malaysia 2008

      Jumlah

    Eksport 

    (RM Bilion)

    Jumlah

    Import 

    (RM Bilion)

    Jumlah

    Keseluruhan

    (RM Bilion)

     

    Singapore 97.77 57.32 155.09
    USA 82.74 56.45 139.19
    Japan 71.79 65.10 136.89
    People’ Republic China 63.21 66.85 130.06
    Thailand 31.75 29.27 61.02
    Hong Kong 28.33 13.6 41.93
    Republic  of Korea 25.88 24.22 50.10
    India 24.73 24.73
    Australia 24.41 24.41
    Netherlands 23.44 23.44
    Germany 22.47 22.47
    Indonesia 24.19 24.19
    Taiwan 25.09 25.09
    TOTAL 474.05 384.56 858.61

    Sumber: External Trade Development Corporation (Matrade)

Lampiran

Tiada Lampiran.