Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

188) PERKEMBANGAN PPR KOTA DAMANSARA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana dengan masalah infra dan pam air?

    Pengenaan sewa pada kadar RM250.00 adalah merujuk kepada arahan

    Kerajaan Negeri berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang diadakan pada 13 Jun 2007 MMK ke 18/2007. Merujuk kepada arahan Kerajaan Negeri golongan sasaran yang terlibat adalah seperti berikut :

    1. i) Setinggan (sekiranya terdapat penempatan setinggan baru) ii) Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan
      iii) Golongan penduduk di bawah kategori kemiskinan tegar/bandar
      iv) Golongan orang kurang upaya (OKU)
      v) Pemohon yang mempunyai tanggungan ramai
      vi) Pesara kerajaan seperti tentera, polis dan kakitangan awam yang menerima pencen
      vii)Mangsa banjir atau kebakaran dan viii) Pekerja kilang

    Walaubagaimanapun bagi penyewa sediada yang tidak mampu menjelaskan sewa pada kadar RM250.00 seunit sebulan, mereka adalah diberi kelonggaran untuk memohon penurunan sewa kepada RM124.00 seunit sebulan dengan mengisi borang permohonan yang telah disediakan oleh Majlis.

    Manakala bagi permohonan kemasukan baru yang telah diluluskan oleh Majlis, penetapan kadar sewa pada kadar RM250.00 atau RM124.00 akan terus diproses berdasarkan kepada permohonan kelayakan mereka tanpa perlu mengisi borang permohonan pengurangan sewa.

Lampiran

Tiada Lampiran.