Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

11) PERKEMBANGAN PROGRAM BAS AWAM ANTARA BANDAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat manakah perkembangan program mewujudkan perkhidmatan bas awam antara bandar bagi seluruh negeri Selangor

    Kerajaan Negeri akan memastikan sistem pengangkutan awam di seluruh Negeri Selangor dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, Kerajaan Negeri menyokong usaha untuk mewujudkan perkhidmatan bas awam antara bandar yang akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama-sama pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Projek Penambahbaikan Bas Henti-henti atau Commuter Bus Improvement Project (CBIP).

    Cadangan projek CBIP di Negeri Selangor masih di peringkat fasa kajian bagi tiga (3) daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Manakala daerah Kuala Langat akan menjadi daerah perintis bagi projek ini yang akan bermula pada tahun hadapan. Projek bagi daerah perintis akan merangkumi pelan rangkaian bas, operasi dan infrastruktur bas di daerah tersebut manakala daerah lain akan menggunakan pelan infrastruktur daerah perintis sebagai gambaran dari segi prinsip dan garis panduan infrastruktur bas.

    Pihak Kerajaan Negeri percaya bahawa perancangan rapi oleh PBT untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan bas yang disediakan dapat diperluaskan dan ditambahbaik seiring dengan peningkatan taraf infrastruktur awam di seluruh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.