Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

162) PERKEMBANGAN STADIUM MINI DAN KOMPLEKS PASAR MODEN PAYA JARAS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini bagi kedua-dua projek yang dicadangkan itu?

     

    Perkembangan terkini bagi kedua-dua projek adalah seperti berikut :

     

    STADIUM MINI , KAMPUNG KUBU GAJAH , SEKSYEN U18

     

    Latar Belakang

     

    Projek ini adalah salah satu inisiatif terbaharu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur awam serta menambah baik kemudahan rekreasi penduduk Paya Jaras khususnya di kawasan Seksyen U18 ini. Mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 28 April 2015 di antara pihak MBSA, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, Pejabat Tanah Dan Daerah Petaling, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Veterinar. Keluasan tapak cadangan adalah seperti berikut :

     

    Bil Lot 3279 Keluasan
    1. Padang ragut 2.81 Ekar
    2. Tadika

     

    ii.       Status Tapak

     

    • Hasil maklumbalas dari Pejabat Tanah Daerah Petaling menyatakan bahawa tapak di kawasan tersebut merupakan tanah hak milik kerajaan Negeri Selangor. Tiada sebarang halangan untuk pihak MBSA melakukan kerja-kerja awalan termasuk pelantikan perunding dan pada masa yang sama pihak MBSA akan memohon pewartaan hak milik tanah daripada Pejabat Tanah Daerah
    • Keluasan tapak adalah 2.81 ekar dan tapak ini termasuk tapak Tadika Kemas yang telah beroperasi lebih 30

     

    iii.       Pewartaan

     

    Pihak PTD Petaling memaklumkan pihak MBSA boleh memohon pewartaan tapak ini kepada Kawasan Rekreasi untuk tujuan kegunaan

     

    awam. Permohonan pewartaan hendaklah disertakan dengan pelan Pre- Comp. Permohonan pewartaan ini hanya melibatkan tapak padang bola sahaja berkeluasan 2.12 ekar tanpa melibatkan tapak Tadika Kemas.

     

    iv.       Pelan Pre-Comp

     

    Pihak MBSA telah menyediakan surat tawaran kepada Jurukur Tanah Berlesen untuk penyediaan pelan Pre-Comp. Setelah pelan Pre-Comp disediakan, MBSA akan memohon pewartaan untuk Kawasan Rekreasi bagi tapak tersebut. Pelan Pre-Comp dijadual akan dikemukakan pada 7 Ogos 2015.

     

    v.    Pelawaan Perunding

     

    Tawaran bagi pelawaan ini telah dibuat secara Tender Terhad melalui pelawaan kepada lima (5) perunding bagi setiap skop perkhidmatan perunding (Arkitek, Awam & Struktur, Mekanikal & Elektrikal dan Ukur Bahan). Kelayakan Perunding untuk menyertai tawaran ini adalah Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan merupakan panel perunding berdaftar dengan Majlis. Pelantikan perunding telah dibuat pada 23 Jun 2015.

     

     

    1. KOMPLEKS PASAR MODEN PAYA JARAS

     

    1. Latar belakang

     

    Cadangan membina Kompleks Pasar Moden di Paya Jaras, Seksyen U19 telah disenarai sebagai salah satu projek untuk Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11). Projek ini adalah sebagai inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur awam serta menyelesaikan masalah peniaga-peniaga yang tidak tersusun dan juga peniaga- peniaga pasar malam sedia ada. Tapak cadangan ini terletak di sebahagian Lot 1057 yang terdiri daripada kawasan padang bola dan tapak kosong berturap dan berkeluasan seperti berikut :

     

    Bil Lot 1057 Keluasan
    1. Padang Bola 4.096 ekar
    2. Tapak Pasar Malam 1.937 ekar
    Jumlah Keluasan 6.033 ekar

     

    Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah membuat inventori premis gerai-gerai PLB sedia ada di tapak dan telah mengenalpasti jumlah serta kategori premis seperti berikut :

     

    Bil Nama Kedai

    (Jumlah 7 Unit)

    No. Kedai Kategori
    1. Kafe Zafran 1 Kedai Makan
    2 Kenari Tomyan 13 Kedai Makan

     

    3. Restoran Tomyam 20 Kedai Makan
    4. Restoran             Bakso

    Tomyam

    24 Kedai Makan
    5. Restoran             Bakso

    Tomyam

    25 Kedai Makan
    6. Restoran Tomyam 28 Kedai Makan
    7. Restoran Tomyam 29 Kedai Makan
    8. Salun 2 Salun
    9. Kedai Photostat 3 Am
    10. Gerai Buah 4 Gerai
    11. Gerai Sayur 5 Gerai
    12. Gerai Buah 6 Gerai
    13. Kedai Photostat 7 Am
    14. Kedai Runcit 8 Runcit
    15. Kedai Runcit 9 Runcit
    16. Kedai Kunci 10 Runcit
    17. Kedai Runcit 12 Runcit
    18. Kedai Butik 15 Butik
    19. Kedai                  Produk

    Kesihatan

    16 Salun
    20. Kedai Jahit 17 Jahit
    21. Kedai Jahit 18 Jahit
    22. Kedai Jahit 19 Jahit
    23. Kedai Butik 22 Butik
    24. Kedai Jahit 23 Jahit
    25. Kedai                        Alat

    Telekomunikasi

    26 Telekomunikasi
    26. Kedai                        Alat

    Telekomunikasi

    27 Telekomunikasi
    27. Kedai Tutup – tiada

    gerai

    11
    28. Kedai Tutup – tiada

    gerai

    14
    29. Kedai Tutup – tiada gerai 21
           
    Jumlah Keseluruhan Gerai PLB = 29 Unit

     

    Seramai 206 unit peniaga pasar malam yang berniaga setiap hari Sabtu.

     

    ii.         Status Tapak

     

    Maklumbalas dari Pejabat Tanah Daerah Petaling menyatakan bahawa tapak di kawasan tersebut merupakan tanah hak milik Kerajaan Negeri Selangor. Tiada sebarang halangan untuk pihak MBSA melakukan kerja-kerja awalan termasuk pelantikan perunding dan pada masa yang sama pihak MBSA akan memohon pewartaan hak milik tanah daripada Pejabat Tanah Daerah Petaling.

     

    iii.         Konsep Dan Keperluan Rekabentuk

     

    Hasil daripada kajian tapak serta Mesyuarat Penyelarasan Kali Pertama tahun 2014 (1/2014) bertarikh 21hb Jun 2014, pihak Jabatan telah mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan untuk dijadikan sebagai kehendak rekabentuk (Design Brief). Mesyuarat telah mencadangkan agar konsep Cadangan Pasar diinspirasikan seperti Bangunan Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah. Terdapat beberapa jenis perniagaan yang telah dikenalpasti dan perlu diklasifikasikan mengikut jenis perniagaan berikut. Pembangunan tapak cadangan ini akan mengandungi :

     

    NO. PERKARA BILANGAN
    TINGKAT BAWAH
    1. Gerai Barangan Basah 55
    2. Gerai Buah 4
    3. Gerai Bunga 2
    4. Bilik Sejuk Beku 1
    5. Tandas Lelaki 1
    6. Tandas Wanita 1
    7. Tandas OKU 1
    8. Surau Lelaki Dan Ruang Wuduk 1
    9. Surau Wanita Dan Ruang Wuduk 1
    10. Tempat Pembuangan Sampah Berpusat 1
    11. Pusat Memproses Sisa Buangan Pasar 1
    12. Bilik Dan Stor Pekerja Pembersihan 1
    TINGKAT DUA
    13. Gerai Makan 70
    14. Gerai Barangan Kering 58
    15. Mini Mart 2
    16. Pejabat Pengurusan 1
    17. Bilik Agihan Surat 1
    18. Tandas Lelaki 1
    19. Tandas Wanita 1
    TINGKAT TIGA
    20. Gerai Kraftangan Dan Cenderahati 5
    21. Kedai Menjual Pakaian Lelaki Dan Wanita 5
    22. Kedai Menjual Aksesori Lelaki Dan Wanita 5
    23. Tandas Lelaki 1
    24. Tandas Wanita 1
    KEPERLUAN LAIN DI TINGKAT EMPAT HINGGA LIMA
    25. Pusat Riadah / Padang Bola (Futsal) 1
    26. Tempat Letak Kereta 230
    27. Tempat    Letak    Motorsikal    Berbumbung                 Dan Berkunci 100
    28. Tempat Letak Kereta OKU 2
    29. Laluan Pejalan Kaki Mesra OKU 1
    30. Tandas lelaki 1
    31. Tandas wanita 1

     

    Jumlah Keseluruhan Gerai Yang Disediakan = 206 Unit

     

    Pihak perunding perlu memenuhi syarat-syarat Permohonan Pembangunan dari segi keperluan Pihak Berkuasa Tempatan. Rekabentuk yang dihasilkan perlu mengambilkirakemudahan untuk penyelenggaraan bangunan dan juga mesra OKU.

     

    iv.         Anggaran Awal Kos Projek Dan Pulangan (ROI)

    1. Anggaran Awal Kos Projek

     

    Berdasarkan kepada keperluan rekabentuk pada masa ini, anggaran awal kos projek adalah sebanyak RM 40 Juta yang mana kos semeter persegi adalah RM 2,500/m2 dengan keluasan kasar bangunan sebanyak 16,000m2.

    v.         Proses Tawaran

     

    Tawaran bagi pelawaan ini telah dibuat secara tender terhad melalui pelawaan kepada lima (5) perunding bagi setiap skop perkhidmatan perunding(arkitek, sivil & struktur, mekanikal & elektrikal & ukur bahan). Kelayakan perunding untuk menyertai tawaran ini adalah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan & merupakan panel perunding berdaftar dengan Majlis.

    Dokumen Pelawaan (Cadangan Teknikal & Cadangan Kos) telah dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender pada 03 November 2014. Seramai Tiga (3) Perunding Arkitek, Empat (4) Perunding Kejuruteraan Sivil & Struktur, Empat (4) Perunding Mekanikal & Elektrikal (M&E) dan tiga (3) perunding ukur bahan telah menyertai tawaran ini.

     

    vi.         Status Terkini Projek

     

    Mesyuarat Lembaga Perolehan Negeri Selangor

    Mesyuarat Lembaga Perolehan Negeri selangor Bil.11/2015 yang telah bersidang pada 13hb Mei 2015 telah memutuskan supaya rekabentuk pasar ini dikaji semula. Pada peringkat awal, Pihak MBSA telah mengemukakan cadangan pasar setinggi 6 tingkat. Walaubagaimanapun, ahli lembaga mesyuarat berpendapat dengan ketinggian 6 tingkat dikhuatiri akan kurang mendapat sambutan dan memohon pihak MBSA mengkaji semula konsep perlaksanaan pasar tersebut supaya ia berasaskan konsep Low-Rise dan mengoptimakan luas tapak yang berkeluasan enam (6) ekar.

     

    Pihak MBSA telah pun membuat pelawaaan kepada perunding Juruukur Tanah bagi kerja-kerja ukuran aras, demakrasi dan penyediakan pelan permohonan pewartaan tanah bagi tapak projek ini. Pelan Pre-Comp telah disediakan bagi proses permohonan pewartaan untuk Kawasan Pasar bagi tapak tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.