Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

9) PERKEMBANGAN SYIAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kerajaan negeri mengambil berat bahaya ancaman fahaman Syiah pada umat Islam di Selangor?

    JAIS sentiasa memantau pergerakan fahaman Syiah di Negeri Selangor. Beberapa siri tindakan penguatkuasaan telah dijalankan bersama-sama agensi lain yang terlibat seperti PDRM dan Pertubuhan Pendaftaran. Selain itu, kempen kesedaran awam turut diadakan termasuk seminar dan edaran bahan penulisan seperti ‘pamplet’.

Lampiran

Tiada Lampiran.