Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

84) PERKEMBANGAN UNISEL DEWASA INI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri melakukan usaha untuk meningkatkan prestasi Universiti Selangor termasuk menukar namanya dari Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebelum ini. Apakah kesan ketara setelah pertukaran nama tersebut?

    Kesan yang yang paling ketara sekali ialah persepsi masyarakat bahawa UNISEL menawarkan kursus-kursus dalam pelbagai bidang bukan sahaja untuk keperluan industry. Program-program yang ditawarkan termasuklah kursus dalam bidang Pendidikan & Sains Sosial, Seni Lukis & Seni Reka, Komunikasi & Media, Perniagaan dan Perubatan. Perubahan ini menyedarkan pemohon bahawa cita-cita dan kerjaya mereka lebih luas jika mereka belajar di UNISEL.

    Namun begitu kurikulum UNISEL tetap menjurus kepada keperluan majikan-majikan dalam sektor-sektor berkenaan termasuk sektor industri.

Lampiran

Tiada Lampiran.