Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

127) PERKHIDMATAN BAS AWAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Fasiliti perkhidmatan bas awam di kawasan Pelabuhan Klang yang tidak digunakan sepenuhnya. Apakah usaha yang diambil oleh pihak PBT ke atas stesen bas di Pelabuhan Klang yang tidak berfungsi sepenuhnya mengakibatkan kerugian pelaburan Kerajaan Negeri untuk kawasan tersebut.

    Bangunan Hentian Pelabuhan Klang ini masih aktif dan berfungsi sebagai stesen bas
    yang memberi perkhidmatan bas kepada orang ramai terutama dari Pelabuhan Klang
    ke destinasi lain seperti ke Bandar Sultan Suleiman, Klang, Kuala Lumpur dan
    Banting. Malahan Majlis menerima permohonan tambahan perkhidmatan bas dari
    Pelabuhan Klang ke Cyberjaya.
    Pada masa ini bangunan stesen bas ini juga mempunyai kemudahan, fasiliti seperti
    kemudahan teksi, medan selera, kaunter tiket, Pejabat Kerajaan (Pejabat Pendaftaran
    Negara), Pusat Perkhidmatan Ahli Majlis, Pusat ICT, Tapak Promosi dan lain-lain premis
    perniagaan termasuk surau dan tandas.
    Walau bagaimanapun, oleh kerana gaya hidup penduduk masa kini yang mahukan
    ruang niaga yang jauh lebih besar dan luas seperti “hypermarket” premis-premis
    perniagaan ini kurang mendapat sambutan.
    Usaha pihak Majlis adalah meningkatkan usaha pemasaran, memberi insentif untuk
    penyewaan seperti sewaan percuma dalam tempoh ubahsuaian premis, peningkatan
    aktiviti-aktiviti promosi di atas lot milik Majlis bersebelahan stesen seperti Karnival
    Usahawan dan lain-lain untuk menarik pengunjung ke hentian ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.