Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

103) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik kadar kegunaan perkhidmatan bas percuma di Selangor sejak pelaksanaannya pada tahun 2015 sehingga sekarang mengikut PBT?

    Sejak perkhidmatan bas ini mula beroperasi pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016 di sebelas (11) kawasan pentadbiran PBT, menggunakan 34 buah Bas Smart Selangor, jumlah penumpang yang dicatatkan adalah sebanyak 1,951,530 orang. Jumlah keseluruhan yang hampir menjangkau angka 2 juta tersebut memberi isyarat bahawa sambutan, penerimaan dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor adalah sangat memberangsangkan. Statistik kadar penggunaan Bas Smart Selangor bagi tahun 2015 dan 2016 mengikut pecahan PBT adalah seperti di Jadual 1 dan Jadual 2:

    Jadual 1 : Statistik Penumpang Bas Smart Selangor Bagi Tahun 2015

    (Dari 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2015)

     

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH PENUMPANG
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 270,491
    2 Majlis Perbandaran Subang Jaya 192,196
    3 Majlis Perbandaran Klang 83,974
    Jumlah Keseluruhan 546,661

     

     

     

    Jadual 2 : Statistik Penumpang Bas Smart Selangor Bagi Tahun 2016

    (Dari 1 Januari 2016 hingga 30 Jun 2016)

     

     

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH PENUMPANG
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 321,297
    2 Majlis Perbandaran Subang Jaya 252,219
    3 Majlis Perbandaran Klang 143,426
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 243,396
    5 Majlis Perbandaran Kajang 344,903
    6 Majlis Perbandaran Selayang 65,156
    7 Majlis Perbandaran Sepang 4,252
    8 Majlis Daerah Kuala Langat 9,417
    9 Majlis Daerah Sabak Bernam 6,355
    10 Majlis Daerah Kuala Selangor 4,185
    11 Majlis Daerah Hulu Selangor 10,263
    Jumlah Keseluruhan 1,404,869

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.