Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

176) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos keseluruhan perkhidmatan Bas Percuma Selangor untuk setahun ?

    Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi tahun 2016 untuk menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Kos tersebut meliputi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus.

Lampiran

Tiada Lampiran.