Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

188) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perincian terkini perkhidmatan Bas Percuma Selangorku terutama laluan di seluruh negeri, bilangan bas yang terlibat, kos operasi per unit, senarai syarikat swasta yang dilantik dan nilai kontrak masing-masing serta sebarang perancangan melaksanakan Indeks Kepuasan Pelanggan

    Perincian perkhidmatan Bas Smart Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bermula 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016 adalah seperti berikut:

    • Laluan dan Bilangan Bas Smart Selangor Yang Terlibat
    • Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016, sebelas (11) laluan telah diperkenalkan dengan 34 buah Bas Smart Selangor digunakan di semua daerah. Jumlah tersebut turut meliputi lapan (8) laluan baru di Ampang Jaya, Kajang, Sepang, Kuala Langat, Selayang, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor serta tambahan sebuah bas bagi penambahbaikan laluan di Klang, bermula pada tahun ini.
    • Laluan Bas Smart Selangor pada masa ini adalah seperti berikut:
    1. Laluan Bas Smart Selangor MBSA
    • Dari Stesen Komuter Shah Alam Seksyen 19 ke Hospital Shah Alam, Seksyen 7.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MPSJ
    • Dari Persiaran Bakti (MPSJ) ke Persiaran Murni (Sekolah Agama Bestari).
    • Laluan Bas Smart Selangor MPK
    • Dari SRJK (C) Kong Hoe / Jalan Batu Tiga Lama Ke Plaza MPK (Mydin) / Jalan Pos Baru.

     

    Laluan Bas Smart Selangor MPAJ

    • Dari Jalan Ukay Perdana ke Jalan Taman Melawati.

    Laluan Bas Smart Selangor MPKj

    • Dari/ke Kompleks Hentian Kajang melalui Jalan Reko, Persiaran Bangi, Persiaran Cempaka, Jalan 7/2, Jalan 7/5, Jalan 7/1, Jalan Wan Siew, Jalan Sungai Chua, Jalan Mendaling, Jalan Tukang, Jalan Besar, Jalan Cheras dan Jalan Timur.

    Laluan Bas Smart Selangor MPS

    • Dari Selayang Mutiara ke Terminal Putra Gombak.
    • Laluan Bas Smart Selangor MPSp
    • Dari Klinik Kesihatan Tanjong Sepat ke Stesen ERL Kota Warisan.
    • Dari Bandar Baru Salak Tinggi ke Stesen ERL Kota Warisan.
    • Laluan Bas Smart Selangor MDKL
    • Dari Bandar Banting ke Stesen ERL Kota Warisan.

    Laluan Bas Smart Selangor MDSB

    • Dari/ke Sekinchan ke/dari Sabak Bernam.

    Laluan Bas Smart Selangor MDKS

    • Dari Terminal Bas dan Teksi Kuala Selangor – Tanjong Karang – Perhentian Bas Sekinchan.

    Laluan Bas Smart Selangor MDHS

    • Dari Terminal Bas Kuala Kubu Bharu – ke/dari Terminal Bas Bukit Sentosa.
    • Kos Operasi Per Unit
    • Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM12,317,278.64 bagi kos penyediaan keseluruhan 34 buah Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016. Kos ini adalah meliputi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus (6%). Kos sewaan seunit pula adalah sebanyak RM800 sehari termasuk kos penyelenggaraan dan urusan pengoperasian bas tersebut.
    • Syarikat swasta yang dilantik dan jumlah nilai kontrak
    • Syarikat swasta yang dilantik untuk menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor dan jumlah harga kontrak yang ditawarkan adalah seperti Jadual 1:

    Jadual 1 : Senarai Syarikat dan Nilai Kontrak Yang Ditawarkan

    Bil Operator / Syarikat Pengendali Kawasan / PBT Jumlah Kontrak
    1 Rapid Bus Sdn. Bhd. 8 kawasan / MBSA, MPSJ, MPK, MPAJ, MPKj, MPS, MPSp dan MDKL RM10,455,342.00
    2 Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn. Bhd. 2 kawasan / MDKS dan MDSB RM1,242,896.64
    3 SKS Coachbuilders Sdn. Bhd. 1 kawasan / MDHS RM619,040.00
    JUMLAH KONTRAK RM12,317,278.64

     

    • Perancangan Melaksanakan Indeks Kepuasan Pelanggan
    • Kerajaan Negeri sentiasa memantau pencapaian perkhidmatan Bas Smart Selangor melalui kaedah bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut di semua PBT. Di peringkat PBT, pemantauan berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memberi kepuasan dan keselesaan terhadap penumpang. Berbalik kepada soalan YB, perkara tersebut adalah suatu yang baik dan boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.