Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

172) PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah keadaan kewangan negara yang berhutang menjejaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang disediakan kepada rakyat?

    Pelaksanaan Bas Smart Selangor di sebelas (11) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak memberi sebarang implikasi terhadap kewangan negara kerana ianya menggunakan peruntukan sepenuhnya Kerajaan Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh yang demikian, perkhidmatan bas ini masih diteruskan dan tidak terjejas berikutan masalah keberhutangan kewangan negara pada ketika ini.

    Kos bagi pengurusan dan pengoperasian Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 adalah menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Jumlah kos bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2017 adalah sebanyak RM42,536,210.64 termasuk kos yang dibiayai oleh PBT berdasarkan konsep 1 plus 1. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM33,526,422.64 telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri, manakala sebanyak RM9,009,788.00 ditanggung oleh PBT yang berkemampuan agar lebih banyak laluan-laluan baru dapat diperkenalkan.

    Sejak ianya diperkenalkan, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sentiasa meningkat dari semasa ke semasa di mana jumlah keseluruhan penumpang bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 31 Julai 2018 adalah sebanyak 23 juta orang. Jumlah ini jelas menunjukkan bahawa sokongan dan keyakinan rakyat adalah tinggi terhadap setiap program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.