Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

4) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan dapat mempertimbangkan perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi kawasan Taman Matang Jaya, Hospital Sungai Buloh, Kg Melayu Sg Buloh dan Desa Coalfield yang mana ia adalah kawasan penduduk berpendapatan rendah?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik terutamanya perkhidmatan bas awam di setiap peringkat negeri. Oleh itu, segala usaha yang dirancang dan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap kemajuan dalam pembangunan dapat dinikmati oleh semua golongan rakyat di Negeri Selangor.

    Bagi laluan Bas Smart Selangor pula, ia ditentukan melalui perbincangan dan persetujuan bersama semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor.

    Cadangan-cadangan laluan ini dikemukakan oleh setiap PBT dengan pertimbangan dan kajian laluan yang teliti bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang menepati kriteria ditetapkan di samping mengambilkira pandangan dan saranan oleh semua pihak yang terlibat. Bagi laluan yang dinyatakan iaitu kawasan Taman Matang Jaya, Hospital Sungai Buloh, Kg Melayu Sungai Buloh dan Desa Coalfield, kawasan-kawasan tersebut adalah di dalam pentadbiran MBSA. Pihak MBSA boleh mengemukakan cadangan laluan tersebut untuk perbincangan dalam jawatankuasa bersama dengan agensi- agensi yang berkaitan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.