Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

42) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Bas Smart yang diperuntukan untuk di seluruh Negeri Selangor?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 dengan sebelas (11) buah bas di tiga kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini telah berjaya diperluaskan ke sebelas kawasan PBT yang lain di Negeri Selangor, kecuali Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai perkhidmatan bas percuma dikenali PJCitybus. Dalam tempoh tiga tahun pelaksanaan, Bas Smart Selangor kini mempunyai 30 laluan dengan 100 buah bas dan jumlah tersebut akan meningkat apabila dijangka penambahan 8 laluan baru akan diperkenalkan dengan 23 buah bas.

Lampiran

Tiada Lampiran.