Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

131) PERKHIDMATAN BAS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menambah bilangan pengusaha perkhidmatan bas henti-henti sekitar Selangor?

    Pendaftaran dan pelesenan perkhidmatan pengangkutan awam darat termasuk pengusaha perkhidmatan bas adalah di bawah bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Buat masa ini, TIADA inisiatif dalam menambah bilangan pengusaha perkhidmatan bas henti-henti di Selangor kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa dan perundangan Kerajaan Negeri. Sebaliknya, usaha lebih tertumpu kepada penambahbaikan pelan rangkaian bas, operasi dan infrastruktur bas serta penyelarasan perkhidmatan pengusaha bas henti-henti sedia ada dengan kerjasama pihak

     

    Walaubagaimana pun, Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan penambahbaikan dalam memastikan sistem pengangkutan awam Negeri Selangor dipertingkatkan. Inisiatif yang dirangka bagi menambahbaik pengangkutan awam adalah dengan:

     

    1. Menubuhkan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (MPAS) yang bertindak sebagai pengendali/pelaksana induk atau penggubal dasar bagi sistem pengangkutan awam Selangor. Melalui penubuhan MPAS juga,  satu                                 Jawatankuasa Khas dibentuk khususnya untuk mengendalikan isu-isu teknikal dan membincangkan cadangan- cadangan baru pengangkutan awam yang dikemukakan untuk diputuskan oleh

     

    1. Memperluaskan lagi pelaksanaan program pengangkutan awam percuma iaitu perkhidmatan bas komuniti secara berperingkat melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dan memastikan program ini kekal untuk jangka masa yang

     

    • Memastikan pelaksanaan   projek-projek    pengankutan  awam    darat

     

    seperti LRT 3 dan MRT 2 diselaraskan dengan Rancangan Struktur Negeri (RSN).

     

    1. Menyokong pelaksanaan Bus Rapid Transit (BRT) yang dijangka dapat membantu usaha Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian yang menyebabkan masalah kesesakan jalanraya di kawasan

     

    Dalam pada itu, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (RIPAD) dengan pelaksanaan projek perintis di daerah Kuala Langat iaitu Projek Penambahbaikan Bas Henti-henti atau Commuter Bus Improvement Project (CBIP). Pihak SPAD sebagai pihak yang berwajib dalam hal perkhidmatan pengangkutan awam darat telah memaklumkan bahawa Projek Perintis ini berada di fasa pelaksanaan iaitu proses tender untuk projek bas henti-henti di daerah Kuala Langat dijangka bermula pada awal tahun 2015. Bagi daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, pula berada di dalam proses akhir rangka Pelan Rangkaian Bas dan Operasi Bas.

Lampiran

Tiada Lampiran.