Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

212) PERKHIDMATAN BUS KOMUNITI DI MBPJ

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Secara purata berapakah ramai penduduk yang menggunakan bus komuniti setiap bulan?

    Bas Komuniti ini disediakan bertujuan memberi perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah warga emas secara percuma di Petaling Jaya. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempunyai 2 buah Bas Komuniti untuk di kawasan Utara Petaling Jaya (PJU) dan kawasan Selatan Petaling Jaya (PJS).

     

    Purata sebulan penumpang yang menggunakan bas komuniti setiap bulan bagi kawasan PJU adalah seramai 1,000 orang penumpang dan kawasan PJS seramai 1,500 orang penumpang.

Lampiran

Tiada Lampiran.