Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

9) PERKHIDMATAN HOSPITAL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan penyediaan perkhidmatan hospital berlokasi di bahagian utara Sepang. Apakah rancangan pembinaan hospital di bahagian selatan Sepang terutama di DUN Sungai Pelek?

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan pembinaan Hospital Sepang. KKM mempunyai sebidang tanah seluas 50 ekar di Salak Tinggi, Sepang untuk tujuan pembinaan Hospital Sepang di kawasan DUN Sungai Pelek. Projek National Centre Food Safety dengan keluasan 15 ekar juga akan dibina di tapak yang sama.

Lampiran

Tiada Lampiran.