Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

206) PERKHIDMATAN ÒFEEDER BUSÓ DI STESEN LRT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan adakah syarat untuk memberi perkhidmatan ÒFeeder BusÓ dimasukkan ke Kebenaran Merancang (KM) bagi stesen LRT.

    Tiada sebarang syarat yang digariskan agar perkhidmatan memberi “Feeder Bus” dimasukkan ke Kebenaran Merancang (KM) bagi stesen LRT kerana pihak Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil kira keperluan untuk menyediakan perkhidmatan perantaraan “Feeder Bus” dan teksi antara stesen LRT.

    Walau bagaimanapun, laluan awal perkhidmatan perantaraan untuk setiap stesen telah dikaji dan dikenalpasti. Laluan awal ini akan dikemaskini sebelum perkhidmatan LRT bermula untuk mengambilkira pembangunan terkini.

Lampiran

Tiada Lampiran.