Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

93) PERKHIDMATAN ONLINE PTGS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terangkan fungsi dan dan peranan sistem-sistem perkhidmatan online yang disedia oleh PTGS seperti yang berikut

    Untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) mempunyai beberapa jenis perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan-pelanggan dalaman dan luaran iaitu Perkhidmatan Online (Dalam Talian) dan Perkhidmatan Bukan Dalam Talian.

     

    Perkhidmatan Online (Dalam Talian) bermaksud perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan melalui talian internet menggunakan pelayar internet atau aplikasi telefon pintar.  Manakala Perkhidmatan Bukan Dalam Talian terdiri daripada 2 jenis iaitu Perkhidmatan E-Kaunter dan Manual. Perkhidmatan Bukan Dalam Talian (E-Kaunter) adalah perkhidmatan yang disediakan di kaunter yang menggunakan kemudahan pengkomputeran secara back-end. Perkhidmatan Bukan Dalam Talian (Manual) pula memerlukan pelanggan hadir ke pejabat dan urusan kaunter dilaksanakan secara manual tanpa sokongan kemudahan pengkomputeran.

     

     

    Fungsi dan peranan Sistem Perkhidmatan Dalam Talian (Online) PTGS adalah seperti berikut:

     

    BIL NAMA SISTEM FUNGSI DAN PERANAN PENGGUNA
    1.      Sistem ePTGS Merupakan sistem online dalaman PTGS yang memberikan kemudahan untuk:

    i.       Pengurusan kursus dan latihan kakitangan jabatan

    ii.      Pengurusan tempahan kenderaan jabatan

    iii.    Pengurusan tempahan bilik mesyuarat jabatan

    Kakitangan PTGS
    2.      Sistem Surat (eSurat) PTGS Merupakan sistem online dalaman yang digunakan untuk mendaftar, merekod, menghantar dan mencari surat bertaraf terbuka yang diterima oleh PTGS. Ia juga memudahkan kakitangan untuk:

    i.       Mendaftar surat masuk dari agensi-agensi kerajaan dan swasta;

    ii.      Mengimbas, meminitkan dan mengirim surat melalui sistem kepada kakitangan berkaitan;

    iii.    Membolehkan kakitangan mengemaskini status dan tindakan surat yang diterima;

    iv.    Membuat carian dan cetakan semua surat; dan

    v.      Mempunyai integrasi melalui emel rasmi bagi memberikan notifikasi penerimaan surat

     

    Kakitangan PTGS
    3.      Sistem eConsent

     

    Merupakan sistem online yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) JKPTG dan digunapakai oleh PTGS dan PDT bagi menguruskan permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian.

     

    Sistem ini membolehkan pelanggan-pelanggan PTGS dan PDT membuat permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian secara online.  Sistem ini dapat membantu mempercepatkan permohonan dan semakan status permohonan. Kemudahan sistem merangkumi:

     

    i.              Permohonan, perakuan dan kelulusan secara atas talian;

    ii.            Carian dan semakkan status permohonan;

    iii.           Menjana laporan statistik permohonan; dan

    iv.           Mencetak surat kelulusan

     

    Orang awam, firma guaman,

    Kakitangan PDT dan PTGS

    4.      Sistem Warta Tanah Merupakan sistem online dalaman yang bertujuan untuk menguruskan permohonan pewartaan tanah dari Pejabat Daerah  dan Tanah (PDT) di Negeri Selangor. Sistem ini berfungsi untuk mendaftar dan merekodkan permohonan pewartaan tanah dan memudahkan menyediakan deraf warta oleh Bahagian Perundangan PTGS.  Fungsi sistem merangkumi :

    i.              Merekodkan permohonan;

    ii.            Carian dan menyemak   status permohonan; danS

    iii.           Mencetak deraf warta.

     

    Kakitangan PTGS
    5.      Sistem Warta Jawatan Merupakan sistem online dalaman yang membolehkan PTGS dan PDT membuat permohonan pewartaan jawatan-jawatan di Negeri Selangor. Sistem ini berfungsi untuk

     

    i.              Permohonan pewartaan secara atas talian oleh pihak PTGS dan PDT;

    ii.            Carian dan semakan status permohonan; dan

    iii.           Penjanaan laporan.

     

    Kakitangan PTGS

     

    Fungsi dan peranan Perkhidmatan Bukan Dalam Talian PTGS adalah seperti berikut:

     

    Bil Nama Sistem Fungsi dan Peranan Pengguna
    1.      Sistem Pendaftaran Hakmilik Strata (eSTRATA) Merupakan sistem dalaman yang membantu pengurusan pendaftaran hakmilik strata di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Negeri Selangor lebih sistematik, cepat dan mudah.

     

    Ia berfungsi untuk memproses permohonan dan pengeluaran hakmilik strata baharu, urusan carian, urusniaga dan bukan urusniaga dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Sistem juga membantu menyediakan laporan statistik mengikut keperluan pengguna.

     

    Kakitangan PTGS
    2.      Pengurusan Wakil Firma Sistem ini sudah tidak digunapakai di PTGS/PDT. Sistem ini telah digantikan dengan sistem SELAMAT yang dibangunkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) JKPTG dan digunapakai oleh PTGS dan PDT.

     

    Sistem SELAMAT berfungsi untuk mendaftar dan merekod maklumat-maklumat wakil firma (runner) dan wakil syarikat kurier yang berurusan di PTGS/PDT. Ia membantu pihak PTGS dan PDT membuat pengesahan wakil-wakil yang hadir sebelum berurusan di kaunter.

     

    3.      Selangor Land Information System (SeLIS)

     

    Sistem ini merupakan sistem dalaman yang bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan data-data aset tanah kerajaan Negeri dalam satu pangkalan data tunggal yang berasaskan kepada Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang mana ia menggabungkan maklumat textual dan maklumat spatial tanah.

     

    Sistem SeLIS mengandungi maklumat aset tanah Negeri Selangor yang meibatkan 8 lapisan data aset tanah yang terlibat iaitu virgin land, Luput Notis 5A, Luput Tempoh Pajakan, Notis Rampasan Tanah (Notis 8A), LPS, Tanah Rezab, bahan batuan dan Mineral.

     

    Aplikasi ini akan menyediakan kemudahan kepada pihak PTGS untuk pemantauan dan memudahkan semakan maklumat aset tanah kerajaan.

     

    Kakitangan PDT dan PTGS

Lampiran

Tiada Lampiran.