Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

111) PERKHIDMATAN TEKNOLOGI ÔWIRELESSÕ

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan semua golongan penduduk di kawasan Pelabuhan Klang tidak ketinggalan di dalam menikmati perkhidmatan teknologi ÔwirelessÕ yang bakal dilancarkan dalam masa beberapa tahun lagi?

    Pelaksanaan projek Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN) akan
    meletakkan infrastruktur secukupnya bagi membolehkan seluruh rakyat di Negeri
    Selangor memperolehi capaian kepada internet sebelum tahun 2015.
    Kerajaan Negeri menganjurkan penyediaan infrastruktur HyWIN di mana seluruh
    kawasan di Negeri Selangor termasuk di Pelabuhan Klang untuk menerima manfaat
    capaian internet jalur lebar tanpa wayar (wireless) mengikut Fasa II dan Fasa III seperti
    yang dirancangkan (awal atau pertengahan tahun 2011)

Lampiran

Tiada Lampiran.