PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA

47) PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan Negeri terhadap Perkhidmatan WIFI untuk seluruh Selangor?

    Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar Ubiquitous Wireless Selangor (UWiSEL) pada tahun 2009 iaitu untuk mewujudkan capaian internet secara tanpa wayar yang bersifat sejagat dan merata capaiannya diseluruh Negeri Selangor yang mana ianya adalah selaras dengan dasar Merakyatkan Eknonomi Selangor (MES).

    Agenda U-WiSEL adalah merupakan satu pernyataan dasar di mana semua perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless/wifi) di Negeri Selangor perlu menjamin:

    1. LIPUTAN (COVERAGE) menyeluruh tanpa diskriminasi di dalam penyediaan tempat samada di bandar atau pun di luar bandar. –sosial
    2. CAPAIAN (ACCESSIBILITY) yang memenuhi Kualiti Perkhidmatan (QoS) (kelajuan, uptime dan integriti). – teknologi
    3. KELESTARIAN (SUSTAINABILITY) alam sekitar termasuk pengawalan pencemaran dan kerosakan (pemandangan, radiasi dll.) – alam sekitar
    4. IMPAK EKONOMI (ECONOMICAL IMPACT) pengagihan peluang yang samarata dan mampu milik(affordability) – ekonomi

Lampiran

Tiada Lampiran.