Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

41) PERLAKSANAAN GST OLEH KERAJAAN PUSAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kesan GST kepada Pihak Berkuasa Tempatan?

    Pembekalan yang dibuat oleh Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan akan tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kecuali pembekalan berkenaan berbentuk pengawalseliaan dan penguatkuasaan seperti mengeluarkan lesen dan permit dan sebagainya. Oleh demikian, akan berlaku pertambahan perbelanjaan yang tidak diperuntukkan oleh PBT dengan pelaksanaan GST dan akan berlaku pengurangan kos sesuatu projek bagi memastikan peruntukan yang telah diluluskan

     

    Walau bagaimanapun, PBT boleh menuntut bayar balik cukai input secara ’offset’ dengan GST, duti import dan duti eksais yang belum dibayar. Bayaran balik akan dibuat kepada penuntut dalam tempoh 14 hari bekerja untuk tuntutan yang dikemukakan di atas talian atau 28 hari jika tuntutan dikemukakan secara manual.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.